24 November 2024 – Majlis Penutupan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara. Konvensyen yang berlangsung dari 22 hingga 24 November di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ini telah memberikan platform strategik bagi merangka strategi-strategi pembaharuan sektor awam yang inklusif dan berdaya saing.

Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah diberi pengiktirafan dengan menerima Anugerah Reformasi Urusan Permit Pembinaan yang berjaya mempercepatkan proses urusan permit pembinaan daripada 24 bulan kepada hanya 10 bulan. YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK tampil menerima penghargaan dan pengiktirafan ini. Tahniah kepada seluruh warga MPKK!

Suatu pencapaian yang signifikan dalam usaha meningkatkan produktiviti dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam. Inisiatif ini menjadi contoh terbaik bagaimana reformasi dalam sektor awam dapat membawa impak yang nyata dan positif kepada masyarakat serta sektor swasta.

Konvensyen ini menandakan permulaan kepada perjalanan pembaharuan yang berterusan, dengan matlamat untuk mempertingkatkan sektor awam yang lebih efisien, berintegriti, dan mampu menyokong visi kerajaan untuk membina negara yang maju dan sejahtera.

#KonvensyenReformasiPerkhidmatanAwam2024

#SektorAwam

#KecekapanPenyampaianPerkhidmatan

#TransformasiAwam

#MajlisPerbandaranKulimKedah

Skip to content