MESYUARAT PELARASAN PROGRAM GOTONG-ROYONG PERSEDIAAN BAGI MENGHADAPI BANJIR BERSAMA KOMUNITI
Ekoran daripada laporan kaji cuaca oleh METMalaysia luruan monsun kuat dijangka berlarutan sehingga hujung November berpotensi menyebabkan hujan sangat lebat dan berterusan.
Berikutan banjir kilat yang bakal berlaku di beberapa kawasan di dalam kawasan pentadbiran PBT ini , MPSPK turut tidak ketinggalan dalam memastikan persediaan awal dibuat bagi menghadapi banjir kilat ini.
Justeru itu, Yang DiPertua MPSPK, YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah telah mengadakan mesyuarat pada petang ini bagi pelarasan gotong-royong yang akan diadakan pada 30hb November 2024 di sepanjang Jalan Ibrahim dan Jalan Kampung Baru (Jambatan Sungai Petani).
Selain fokus utama di jalan-jalan di bawah selian PBT, MPSPK turut mengambil inisiatif bagi melaksanakan secara serentak di beberapa kawasan ‘hotspot’ banjir seperti kawasan berikut : Pasaraya TF Mart ( Belakang pasaraya) & SP Height ( Kolam takungan)
Bagi tempat-tempat lain akan dikenalpasti dan akan diambil tindakan dari semasa ke semasa. Orang ramai yang berada di sekitar kawasan program gotong-royong dijemput hadir bersama-sama bagi memastikan Sungai Petani Bersih, Indah dan Ceria.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Ahli-Ahli Majlis MPSPK, Pengarah-Pengarah Jabatan dan Ketua-Ketua Bahagian dalaman MPSPK.
Klik untuk gambar sekitar program