MISI BANTUAN BENCANA PROGRAM GOTONG-ROYONG PEMBERSIHAN KAWASAN TERJEJAS BANJIR
Dan saling membantulah kamu dalam perkara kebajikan dan ketakwaan – Surah Al-Ma’idah (2)
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah bersama 30 orang wargakerja MPSPK telah ke Mukim Derang, Pokok Sena bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan ekoran situasi banjir yang melanda kawasan itu baru-baru ini.
Kesemua 9 buah jentera digunakan bagi membawa kakitangan telah bergerak seawal jam 8.00 pagi dan tiba sekitar jam 8.50 pagi di Masjid Jamik Raudatul Solihin. Selesai sesi taklimat dan pembahagian kumpulan, rombongan terus bergerak ke Masjid Lama Kampung Bukit Mukim Derang untuk kerja-kerja pembersihan. Hasil pemerhatian mendapati kesan-kesan banjir jelas kelihatan sebaik tiba di lokasi.
Hadir sama dalam misi ini Pengarah Jabatan Kejuruteraan Encik Zahir bin Salleh, Pengarah Jabatan Landskap & Rekreasi, Encik Muhammad Hasrun bin Ahmad dan Ketua-Ketua Bahagian dalaman MPSPK, Encik Kasturi bin Abd.Majid dan Puan Norazuwa binti Pissal. Agensi-agensi kerajaan lain seperti Majlis Bandaraya Alor Setar, Majlis Perbandaran Kulim, Belia Anak Sena dan lain-lain turut bersama dalam misi ini.
Seluruh wargakerja MPSPK mengucapkan salam takziah kepada semua mangsa banjir dan berharap keadaan akan kembali pulih seperti sediakala. Semoga segala urusan dipermudahkan.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada wargakerja MPSPK yang turun padang bagi menjayakan misi bantuan bencana kali ini.
Klik untuk video sekitar programKlik untuk gambar sekitar program
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2024/12/469476586_1005133174977943_7029706427921945649_n-1024x682.jpg)
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2024/12/469486533_1005133688311225_991455532628257887_n-1024x768.jpg)
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2024/12/469351766_1005131251644802_993658243025330330_n.jpg)
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2024/12/469460245_1005131024978158_2404854779996794045_n.jpg)
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2024/12/469620826_1005130941644833_4338031135731648251_n.jpg)
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2024/12/469465459_1005130554978205_5877505123210449110_n.jpg)
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2024/12/469557106_1005130324978228_733927953824373218_n.jpg)
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2024/12/469556771_1005130284978232_5759198841866561822_n.jpg)
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2024/12/469591156_1005164041641523_2869127143898480531_n-1024x768.jpg)
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2024/12/469588549_1005133704977890_4252939666308694913_n-1024x768.jpg)
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2024/12/469395301_1005132044978056_4135909729411626859_n-1.jpg)
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2024/12/469639764_1005131764978084_3914021420133788014_n-1.jpg)
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2024/12/469489548_1005131591644768_6827479657085939913_n-1.jpg)
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2024/12/469362734_1005132918311302_4243126575448108428_n.jpg)
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2024/12/469447029_1005132514978009_7424827058233010901_n.jpg)
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2024/12/469404586_1005132541644673_5376757320660945488_n.jpg)