KENYATAAN SEBUT HARGA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tawaran adalah dipelawa dari syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli aset seperti berikut:
Bil | Keterangan aset | Nombor Pendaftaran Kenderaan | Kuantiti | Harga Simpanan (RM) |
1 | TOYOTA CAMRY 2.4V (A) | KFS 2071 | 1 buah | 12,000.00 |
2 | PROTON ARENA 1.5 (M) | KBK 8208 | 1 buah | 3,000.00 |
3 | HYUNDAI STAREX 2.5 | KCU 7711 | 1 buah | 9,000.00 |
4 | NEW HOLLAND FORD TN55 | KBA 8639 | 1 buah | 5,000.00 |
5 | LORI ISUZU FSR11H | KAN 1939 | 1 buah | 6,200.00 |
6 | LORI HINO FF1JPKA | KBG 7449 | 1 buah | 12,500.00 |
7 | LORI HICOM PERKASA | KBA 1150 | 1 buah | 8,500.00 |
8 | HONDA C100 | KAY 3109 | 1 buah | 500.00 |
9 | MODENAS GT128 | KCV 2182 | 1 buah | 500.00 |
10 | MODENAS GT128 | KCV 2183 | 1 buah | 500.00 |
11 | MODENAS GT128 | KCV 2185 | 1 buah | 500.00 |
12 | MODENAS GT128 | KCV 2187 | 1 buah | 500.00 |
13 | MODENAS GT128 | KCV 2189 | 1 buah | 500.00 |
14 | MODENAS GT128 | KCV 2191 | 1 buah | 500.00 |
15 | MODENAS GT128 | KCV 2194 | 1 buah | 500.00 |
16 | MODENAS GT128 | KCV 2199 | 1 buah | 500.00 |
17 | MODENAS GT128 | KCV 2205 | 1 buah | 500.00 |
Aset boleh dilihat pada 17 Disember 2024 (Selasa) & 18 Disember 2024 (Rabu) pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari di Bengkel Majlis Perbandaran Sungai Petani.
Tawaran sebut harga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebut Harga Pelupusan Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-28) yang boleh didapati di Seksyen Pengurusan Aset, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah Darul Aman di talian 04-429 6666/6701 pada waktu pejabat. Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 90 hari.
Pihak-pihak yang berminat boleh mendapatkan borang menerusi laman sesawang rasmi Majlis Perbandaran Sungai Petani di BORANG KENYATAAN.
Semua tawaran dengan maklumat yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat berlakri dan ditanda No. Sebut harga ASET P 01/2024 dan dihantar melalui pos atau dimasukkan ke dalam peti sebut harga di alamat:-
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
08000 SUNGAI PETANI
KEDAH DARUL AMAN
(U.P. Seksyen Pengurusan Aset)
Tarikh tutup sebut harga adalah pada 31 Disember 2024 (Selasa) jam 12.00 tengah hari. Sebut harga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 12 Disember 2024