SEMINAR KOMUNITI STRATA TAHUN 2024
8 September 2024, Alor Setar – Seminar Komuniti Strata Tahun 2024 yang berlangsung pagi tadi bertempat di Dewan Mesyuarat Aras 5, UTC Kedah. Program tersebut merupakan anjuran MBAS bersama Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kira-kira 200 orang peserta yang telah hadir terdiri daripada JMB, MC, Pemaju, Perunding, Juruukur dan kakitangan MBAS.
Program telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud. Program tersebut turut diserikan dengan kehadiran ADUN Derga, YB Muhammad Amri bin Wahab.
Seminar ini telah menampilkan penceramah daripada Majlis Bandaraya Seberang Perai iaitu En. Sr. Zulhisyam bin Abdul, Pengarah Jabatan Pesuruhjaya Bangunan MBSP dan dari Majlis Bandaraya Alor Setar iaitu Dr Elina binti Mohd, Ketua Bahagian Undang-Undang MBAS.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'