KUNJUNGAN DATUK BANDAR ALOR SETAR KE ATAS DATUK BANDAR BANDAR PULAU PINANG

11 September 2024, Pulau Pinang – Yang Berbahagia Dato Hj Mohd Yusri bin Hj Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Berbahagia Dato’ Ir. Rajendran, Datuk Bandar Pulau Pinang. Kedatangan Datuk Bandar Alor Setar telah disambut mesra oleh Datuk Bandar Pulau Pinang. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai garis panduan pemuliharaan bangunan warisan dan konservasi.
 
Turut hadir bersama di dalam kunjungan hormat ini adalah Encik Abdul Ghani bin Osman, Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan, Encik Azhan bin Ramli, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan, Dr Elina binti Mohd, Ketua Bahagian Undang-Undang, Encik Izahar bin Hj Shaari, Ketua Bahagian Arkitek dan Kawalan Bangunan, Puan Hasmahanum binti Hamzah, Ketua Bahagian Rancangan Pembangunan dan Encik Mohd Fauzi Naim bin Abdullah, Ketua Bahagian Bangunan Baru.
 
 
Skip to content