PROGRAM HARI CUCI MALAYSIA @ ALOR SETAR, KEDAH
28 September 2024, Alor Setar – Program Pembersihan Mega Sempena World Cleanup Day yang telah dilaksanakan di 649 lokasi seluruh negara yang melibatkan pelbagai peringkat penganjuran termasuk kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, kementerian-kementerian, sekolah, balai bomba, Residensi PR1MA, Program Perumahan Rakyat (PPR), taman-taman awam, kawasan kejiranan, dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.
Di peringkat Alor Setar, lebih 400 peserta sertai Program Pembersihan Mega ini yang diadakan bertempat di Pasar Besar Alor Setar. Ia dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar, SWCorp Kedah serta E-Idaman Sdn. Bhd dan turut mendapat kerjasama daripada JKR Kota Setar, Aurelius Hospital Alor Setar, Putra Medical Centre serta pelajar-pelajar Kolej Kejururawatan (ILKKM) Alor Setar.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah termasuk pembersihan sampah haram, ploging, pembersihan jalan, pembersihan longkang dan pengurusan sisa ke arah ekonomi kitaran yang tertumpu di kawasan persekitaran Pasar Besar Alor Setar.
Program tersebut turut dihadiri oleh Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Haji Md Daud. Hadir sama Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil Noh; Ahli-Ahli Majlis MBAS, pegawai-pegawai MBAS serta pegawai-pegawai dari agensi terlibat.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'