LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG KE MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
17 Oktober 2024, Alor Setar – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menerima kunjungan mesra dari Majlis Perbandaran Manjung (MPM) yang bertempat di Dewan Mesyuarat UTC Kedah, Aras 5, Bangunan UTC Kedah petang tadi. Seramai 39 kakitangan delegasi MPM yang diketuai oleh Yang Dipertua MPM, Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri disambut baik oleh Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Haji Md Daud serta pengurusan MBAS.
Objektif lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan idea serta pandangan mengenai pelaksanaan tatacara pengurusan dan pelaksanaan aktiviti Majlis Bersama Jabatan (MBJ). Satu sesi taklimat berkaitan pelaksanaan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) MBAS telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Pentadbiran MBAS, En. Rasyidi Othman.
Majlis Bandaraya Alor Setar mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM) diatas kunjungan mesra ini dan diharap akan berjumpa lagi di masa yang akan datang.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'