LAWATAN AKADEMIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERAK KE BANDARAYA ALOR SETAR SERTA PROJEK PENGAJARAN KOLABORATIF BERSAMA MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

06 November 2024, Alor Setar – Majlis Bandaraya Alor Setar telah menerima lawatan daripada Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak bertempat di Dewan Mesyuarat UTC Aras 5, Bangunan UTC Kedah.
 
Lawatan tersebut diadakan bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar UITM melaksanakan kajian tapak pada bangunan yang dipilih bagi memenuhi keperluan projek akhir pelajar menerusi penggunaan bangunan di bawah seliaan MBAS. Sesi taklimat dan perkongsian ilmu berkenaan projek pengubahsuaian yang telah dilaksanakan oleh pihak MBAS telah diberikan oleh Ketua Bahagian Pembangunan Dan Kerja Awam MBAS, En. Sujairi Md Hassan; Ketua Bahagian Bangunan Baru MBAS, En. Fauzi Naim Abdullah dan Ar. Muhamad Azimin Shafie dari Azimin Architect.
 
Skip to content