MAJLIS SERAHAN PROJEK MYKIOSK DI BAWAH INISIATIF BAJET KPKT 2024 SERTA WALKABOUT YDP DI PANTAI MERDEKA

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) telah menganjurkan Majlis Serahan Projek MyKiosk di bawah inisiatif Bajet 2024 yang bertempat di Kafe Pantai Merdeka Resort.

Majlis ini dirasmikan oleh YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah, Yang Dipertua MPSPK. Hadir bersama Setiausaha MPSPK, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, Ahli Majlis Zon 14, Haji Fishol bin Haji Hashim, Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian dan kakitangan MPSPK.

Projek ini bertujuan memperkasa ekonomi komuniti setempat melalui peluang perniagaan mikro dan teknologi hijau. Antara agenda utama termasuk penyerahan kunci MyKiosk, aku janji, serta taklimat penggunaan dan penjagaan MyKiosk. Selain itu, penerima turut diberi pendedahan berkaitan teknologi Portable Solar untuk menyokong kelestarian alam sekitar.

Seterusnya, Yang Dipertua MPSPK, telah mengambil peluang untuk melaksanakan lawatan ke lokasi-lokasi sekitar Pantai Merdeka, yang bertujuan melaksanakan pemantauan dan mengadakan sesi perbincangan bagi merancang langkah-langkah penambahbaikan yang sesuai seiring dengan keperluan kawasan dan komuniti setempat. Langkah ini menunjukkan usaha proaktif MPSPK dalam memastikan kawasan tersebut terus berkembang dan memenuhi keperluan komuniti demi kesejahteraan bersama.

Tahniah kepada Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Cik Natasya binti Ismail bersama kakitangan atas kelancaran pogram pada hari ini. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan juga kepada semua yang hadir dan menyokong usaha ini. Semoga inisiatif ini terus memberikan manfaat kepada semua dan menjadi inspirasi ke arah transformasi komuniti yang lebih dinamik dan mampan!

Klik untuk video sekitar program
Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content