07 Disember 2024 – Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena, Kedah dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia telah mengadakan program gotong-royong pembersihan kawasan terjejas banjir di Mukim Derang, Pokok Sena Kedah.

Dalam usaha untuk mengurangkan kesan banjir dan memulihkan keadaan persekitaran, Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) turut membantu dengan menghantar pasukan khas bagi membersihkan sisa-sisa banjir termasuk lumpur, sampah, dan pelbagai jenis bahan buangan setelah kawasan ini terjejas teruk akibat hujan lebat dan banjir yang melanda.

Dengan semangat kerjasama dan keprihatinan, kami berharap kawasan yang terjejas banjir dapat kembali pulih sepenuhnya serta selamat untuk didiami.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memastikan kejayaan usaha pembersihan ini.

Klik untuk gambar sekitar program

#PascaBanjir

#KerjaPembersihan

#MajlisPerbandaranKulimKedah

Skip to content