20 Disember 2024 – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) pada hari ini telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang diketuai oleh Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK. Turut hadir adalah para Pengarah, Penolong Pengarah Jabatan serta pegawai-pegawai MPKK.
Lawatan ini disambut mesra oleh YBhg. Dato’ Ir Rajendran A/L P. Anthony, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan dimulakan dengan ucapan aluan.
Objektif lawatan ini, MPKK dapat melihat pendekatan MBPP dalam menangani cabaran perancangan bandar dan pengurusan kelestarian alam sekitar di kawasan yang padat penduduk dan mempunyai kepelbagaian keperluan.
MPKK juga dapat mempelajari amalan terbaik yang boleh diadaptasi dan diaplikasikan oleh MPKK dalam membantu perancangan pembangunan yang semakin kompleks.
Justeru, lawatan penandaarasan ini memberi manfaat kepada MPKK dalam meningkatkan kefahaman tentang proses kebenaran merancang dan menggalakkan kerjasama yang lebih erat antara pihak berkuasa tempatan dan pihak berkepentingan serta komuniti setempat demi pembangunan yang lebih teratur dan berkesan pada masa hadapan.
Terima kasih Majlis Bandaraya Pulau Pinang – MBPP