![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2024/12/471158453_995941765903584_7550889801312622194_n-768x1024.jpg)
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2024/12/471207825_995942945903466_7107591684009735490_n-1024x768.jpg)
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2024/12/471265268_995943155903445_5436284624336855499_n-1024x768.jpg)
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2024/12/471301748_995942722570155_1340783256764550271_n-1024x771.jpg)
Ahad, 22 Disember 2024 – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah menjayakan Majlis Penyerahan Projek Beyond Benih kepada peserta kebun komuniti bertempat di Bilik Al-Hikmah, MPKK.
Majlis Penyerahan Projek Beyond Benih ini telah rasmikan oleh TPr. Haji Hamzah bin Ab Halim, Pengarah Jabatan Perancangan dan Landskap MPKK. Beliau dalam ucapannya berkata sebanyak 18 Kebun Komuniti telah mula diusahakan secara berperingkat iaitu bermula dari Kebun Komuniti Taman Angsana sejak tahun 2024 ini dan yang terbaru adalah Kebun Taman Mahsuri dan Kebun Bandar Permata Lunas Fasa 2.
Pendekatan wujudnya kebun komuniti ini adalah secara “bottom up” di mana masyarakat setempat dan stakeholders melibatkan diri dalam mengenalpasti isu-isu perancangan, pembangunan dan penyelenggaraan yang terdapat di tempat masing-masing.
Penglibatan rakan kongsi yang terdiri daripada wakil masyarakat, sektor swasta, agensi kerajaan dan badan-badan NGO yang memainkan peranan sama pentingnya dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu MPKK.
Malah ianya akan membantu Kerajaan dalam menerapkan konsep urus tadbir baik di samping mewujudkan suasana kehidupan yang selesa melalui persekitaran yang bersih, indah, maju dan selamat dan juga memberi peluang untuk masyarakat dan sektor swasta turut serta dalam proses pembangunan.
Salah satu insiatif Program CSR Beyond Benih, program ini merupakan inisiatif British Tobacco Malaysia dan Syarikat Paluan Sejati Sdn Bhd yang dilantik sebagai pemantau projek. Pihak Jabatan Pertanian Daerah Kulim telah memilih dua kawasan ini untuk melaksanakan program Beyond Benih ini.
Alhamdulillah program ini berjaya memperoleh peruntukan dana sebanyak RM 110 ribu bagi dua kawasan iaitu di kebun Taman Angsana dan Taman Serai Setia.
Matlamat utama program ini adalah untuk menyokong inisiatif sekuriti makanan terutama di kalangan komuniti B40. Program ini memberikan sokongan kepada mereka dalam memenuhi keperluan makanan melalui penerapan teknik pertanian di kebun-kebun komuniti yang terpilih.
Dengan kerjasama rapat bersama rakan strategik iaitu Jabatan Pertanian ini, program Beyond Benih dapat membuka peluang kepada komuniti-komuniti yang berpotensi untuk memperluaskan tanaman mereka dan memberi manfaat kepada komuniti setempat melalui pemberian pembiayaan dana oleh pihak BAT Malaysia kepada kebun yang diusahakan serta bimbingan teknikal daripada Jabatan Pertanian daerah Kulim.
Sehingga kini hasil yang diperolehi bagi tahun 2024 melalui Program Beyond Benih adalah sebanyak 5,941 tan oleh Kebun Komuniti Taman Angsana manakala Kebun Komuniti Serai Setia sebanyak 10,619 tan. Syabas kerana Kulim mencapai angka hasil yang kedua tertinggi dan ‘sustain’ daripada aspek pengeluaran hasil tanaman berbanding 12 kawasan lain dalam Malaysia.
Turut hadir, Puan Norhayati binti Amran, Ahli Majlis Zon 09; Puan Nurul Ain binti Mohd Nadzri, Pegawai Jabatan Pertanian; Puan Arisyawati binti Alaudin, Pegawai Perpaduan daerah Kulim; Encik Faris bin Rusli, Pegawai dari British American Tobacco (BAT) Malaysia; Encik Saiful bin Hanif, Pegawai dari Syarikat Paluan Sejati Sdn Bhd; wakil-wakil Kebun Komuniti Serai Setia dan Kebun Komuniti Taman Angsana.