OPS PASCA BANJIR MBAS BERSAMA JEMAAH NAZIR NEGERI KEDAH.
03 Disember 2024, Selasa – Majlis Bandaraya Alor Setar bersama Jemaah Nazir Negeri Kedah dan E-Idaman Sdn. Bhd. menjalankan Ops Pasca Banjir bertempat di Sekolah Kebangsaan Lengkuas, Bukit Pinang, hari ini.
Ops Pasca Banjir ini disertai kira-kira 50 anggota yang terdiri daripada kakitangan Bahagian Perkhimatan Bandar MBAS, ahli Jemaah Nazir Negeri Kedah, E-idaman serta guru-guru sekolah berkenaan. Fokus utama ops pasca banjir ini adalah untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan sekolah yang telah dilanda bencana banjir.
Semoga dengan adanya kerja-kerja pembersihan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban buat mangsa-mangsa banjir di kawasan berkenaan.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'