LAWATAN MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KE MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
18 Disember 2024, Alor Setar – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menerima kunjungan mesra dari Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) yang bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Humaira, Tingkat 8, Menara MBAS pagi tadi. Seramai 8 kakitangan delegasi MPSPK yang diketuai oleh Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan MPSPK, En. Ahsri Omar disambut baik oleh Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MBAS, En. Bohari Md. Yusof, Ketua-Ketua Bahagian serta kakitangan MBAS.
Objektif lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan idea mengenai pelaksanaan prosedur pengoperasian Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di MBAS. Selesai sesi taklimat, delegasi MPSPK turut dibawa melawat ke Taska Al-Ahla MBAS.
Majlis Bandaraya Alor Setar mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) diatas kunjungan mesra ini dan diharap akan berjumpa lagi di masa yang akan datang.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'