ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2023 & MAJLIS MERAIKAN PESARA DAN BAKAL PESARA TAHUN 2024

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) telah menganjurkan Majlis Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2023 dan majlis meraikan pesara serta bakal pesara bagi tahun 2024 yang diadakan di Dewan Kenangan, Menara MPSPK.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah, Yang Dipertua MPSPK, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, Setiausaha MPSPK Presiden CUEPACS, Dato’ Dr. Adnan bin Mat, Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian, dan kakitangan MPSPK.

Acara ini dimulakan pada pukul 7:30 malam dengan sesi pendaftaran dan seterusnya diikuti dengan acara rasmi seperti nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Kedah, bacaan doa serta ucapan dari Yang Mulia Yang Dipertua MPSPK.

Seramai 43 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 11 orang pesara dan bakal pesara telah diraikan oleh seluruh warga kerja MPSPK. Tahniah kepada semua penerima APC 2023 dan penghargaan yang tidak terhingga kepada para pesara atas jasa dan dedikasi mereka. Semoga hubungan antara warga kerja MPSPK terus utuh dalam membentuk perkhidmatan yang cemerlang.

Sekalung penghargaan kepada Jabatan Khidmat Pengurusan yang diketuai oleh Encik Ashri bin Omar dan kakitangan dibawah seliaanya serta Jabatan-Jabatan lain seperti Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Landskap yang turut menjayakan majlis tersebut dengan menceriakan malam APC 2023.

Klik untuk video sekitar program
Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content