PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA PIHAK BERKUASA TEMPATAN TAMAN PERINDUSTRIAN HI-TECH KULIM TAHUN 2024

11 Mac 2024

KULIM HI-TECH PARK : PBT Kulim Hi-Tech Park telah menyahut Hasrat Kerajaan negeri untuk setiap pbt menganjurkan program gotong royong perdana di peringkat PBT masing-masing bagi memupuk kesatuan dan semangat Kerjasama untuk menjaga alam sekitar supaya lebih bersih, sihat dan lebih berdaya huni.

Objektif  penganjuran program ini adalah untuk menggalakkan penglibatan komuniti, agensi-agensi Kerajaan dan pihak industri dalam aktiviti kemasyarakatan disamping menyumbang tenaga untuk pengekalan kelestarian dan kebersihan kawasan persekitaran.

Program yang diadakan pada 10 Mac 2024 ini telah dirasmikan oleh YB Mejar (B) Mansor bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah Darul Aman. Turut hadir bersama dalam program ini ialah YBhg. Tuan Haji Mohd Zaini bin Haji Ramli, Pegawai Daerah Kulim.

 

Peserta-peserta program terdiri daripada agensi-agensi Kerajaan dan syarikat-syarikat industri di kawasan pentadbiran Kulim Hi-Tech Park.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Skip to content