21 APRIL 2021 (RABU)

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Pengurusan Stor serta Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Majlis Daerah Bandar Baharu Bil. 01/2021.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK, Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah & Tanah Bandar Baharu.

Mesyuarat membincangkan berkenaan isu-isu berkaitan pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Pengurusan Kewangan. Turut dibentangkan berkenaan Laporan Kedudukan Aset dan Stok, Laporan Kutipan Hasil serta Laporan Perbelanjaan Mengurus MDBB.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Setiausaha MDBB serta Ketua Bahagian dan Unit MDBB.

Skip to content