21 APRIL 2021 (RABU)

Program Iftar dan Penyampaian Cenderamata kepada Pelajar Tahfiz Kompleks Islam Darul Faizin (KIDAF) yang telah menamatkan Hafazan 30 Juzuk Al-Quran.

Program dihadiri oleh Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK, Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu bertempat di Kompleks Islam Darul Faizin, Bandar Baharu, Kedah.

Program dimulakan dengan Majlis Khatam Hafazan 30 Juzuk Al-Quran oleh Pelajar Tahfiz KIDAF yang disaksikan oleh Ibu Bapa Pelajar dan tetamu jemputan.Seterusnya penyampaian Takzirah Ramadan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Shaffi Yusof Gani yang berlangsung selama sejam.

Ustaz Jafri Bin Abu Bakar (Mudir KIDAF) memberi sedikit ucapan penghargaan kepada 15 orang pelajar yang telah berjaya menamatkan Hafazan 30 Juzuk Al-Quran dan diteruskan dengan sesi penyampaian cenderamata kepada pelajar tersebut.

Selain itu, Tuan Yang Dipertua MDBB berkesempatan menyaksikan persembahan Qasidah yang disampaikan oleh Pelajar Tahfiz KIDAF.

Program diakhiri dengan Jamuan Berbuka Puasa dan Solat secara berjemaah bersama tetamu-tetamu kehormat dan para Pelajar Tahfiz KIDAF.

Turut hadir bersama di dalam program ini ialah Setiausaha MDBB, Ahli-Ahli Majlis MDBB, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) PDTBB, Wakil Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu, PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan & Korporat MDBB serta Waris Pelajar Tahfiz.

Skip to content