25 APRIL 2021 (AHAD)

Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Daerah Bandar Baharu Bil. 4/2021 yang dipengerusikan oleh Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK, Yang Dipertua MDBB bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.

Agenda mesyuarat ialah mengesah dan meluluskan minit mesyuarat penuh yang lalu, membincangkan perkara-perkara berbangkit, menerima ketetapan minit mesyuarat jawatankuasa tetap serta pembentangan kertas kerja.

Turut dibentangkan di dalam mesyuarat ini ialah keputusan mesyuarat berkaitan Prosedur Penyediaan Senarai Nilaian Di Bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) bertarikh 19 April 2021 bertempat di Wisma Darul Aman.

Selain itu, pembentangan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu mengenai Perkembangan Kes Positif dan Program Imunisasi COVID-19 serta pemantauan SOP di Bazar Ramadan di Daerah Bandar Baharu.

Hadir bersama di dalam mesyuarat ini ialah Ahli-Ahli Majlis dan Ketua Bahagian / Unit Majlis Daerah Bandar Baharu.

Skip to content