25 APRIL 2021 (AHAD)

Program Memasak Bubur Lambuk Pejabat Daerah & Tanah Bandar Baharu dan Majlis Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang telah diadakan di Depoh Pejabat Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.

Tuan Pegawai Daerah / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK merasmikan program pada hari ini.

Program memasak Bubur Lambuk diketuai oleh Encik Mustarullah Bin Othman, Pembantu Awam Pejabat Daerah & Tanah Bandar Baharu.

Program diakhiri dengan mengedarkan Bubur Lambuk kepada Ahli-Ahli Majlis MDBB, Warga Kerja MDBB dan PDTBB serta Jabatan-Jabatan dan agensi di dalam Daerah Bandar Baharu.

Turut hadir bersama di dalam program ini ialah Tuan KPPD (Pembangunan) / Setiausaha MDBB, Ahli-Ahli Majlis MDBB, para Penghulu Mukim, Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, para AJK dan Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu serta Warga Kerja Majlis Daerah Bandar Baharu dan Pejabat Daerah & Tanah Bandar Baharu.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program yang diadakan pada hari ini.

Skip to content