YDP MPKK TURUN PADANG TINJAU PEMATUHAN SOP BAZAR RAMADHAN

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah melihat sendiri pematuhan SOP Bazar Ramadhan di Kelang Lama hari ini.

Selaras dengan SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), para peniaga dan juga orang ramai yang berkunjung di bazar ramadhan perlu sentiasa mematuhi arahan tersebut seperti tidak leka dan mengabaikan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka dengan betul.

Para pengunjung perlu menjadi pembeli yang berhemah agar tidak menangguhkan pembelian juadah berbuka dengan mengambil tempoh masa yang lama di dalam kawasan bazar.

Beliau juga menyarankan agar pengunjung yang hadir bagi sebuah keluarga hanya diwakili ketua keluarga atau seorang sahaja dan tidak digalakkan membawa anak-anak di bawah usia 13 tahun (tanpa alasan yang munasabah) bagi mengawal kesesakan.

Di samping itu, Yang Dipertua memberi peringatan agar anggota pemantau MPKK dan juga Persatuan Peniaga yang bertugas untuk mengawal kemasukan bermula di laluan masuk dengan mengikut kapasiti yang ditetapkan.

Orang ramai perlu sentiasa beringat akan ancaman wabak Covid-19 yang masih perlu dibendung penularannya.

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)