JAWATAN :
1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR ( N29) – TETAP (2 KEKOSONGAN)
2. PEMBANTU PENGUATKUASA (KP19) – TETAP/KONTRAK (2 KEKOSONGAN)
3. PEMBANTU AWAM (H11) – TETAP/KONTRAK (5 KEKOSONGAN)
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan adalah kepada anak Negeri Kedah Darul Aman yang berumur tidak kurang dari 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.
Borang permohonan yang berharga RM3.00 boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang, Kedah Darul Aman pada waktu pejabat.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada :-
YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU,
09800 SERDANG, KEDAH DARUL AMAN.
(u.p : Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat) SEBELUM ATAU PADA : 17 MEI 2021 @ 4.00 PETANG
