KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Sebut harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut :-

BIL. PROJEK SYARAT PENDAFTARAN TEMPAT BERKUMPUL JAM TARIKH JUAL DOKUMEN
54/2021
(KEJ)
Kerja-Kerja Menaiktaraf Lampu Kawasan Jenis LED di Taman Jubli Perak, Sungai Petani, Kedah Darul Aman CIDB

Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK)

Gred : G2 & G3

Pengkhususan E04, E06, E16, E17, E21

Sijil Perolehan Kerajaan (SPKK)

Kontraktor tempatan yang berdaftar di negeri Kedah

Ruang Legar Aras G, Menara MPSPK 10.00 pagi 03 Mei 2021
55/2021
(KEJ)
Cadangan Pemasangan Lampu Jalan Jenis Decoratif Bermula Dari Simpang Tol Utara ke Simpang Tol Selatan dan Jalan Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah Darul Aman

Lawatan tapak adalah diwajibkan. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga di atas hendaklah datang sendiri (wakil tidak dibenarkan) membawa bersama dokumen asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (tunai)

Dokumen tawaran ini boleh didapati dari Jabatan Perbendaharaan (Seksyen Perolehan) mulai 03 Mei 2021 pada hari dan waktu seperti berikut :-

Ahad – Rabu : 8.15 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.45 petang
Khamis : 8.15 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.15 petang

Kontraktor dikehendaki membawa dokumen asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) serta satu salinan semasa membeli dokumen sebut harga.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada jam 12.00 tengah hari pada 10 Mei 2021. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dihantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman serta dimasukkan terus ke dalam peti tawaran sebut harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 28 April 2021

Skip to content