26 APRIL 2021 (ISNIN)
Sebanyak 65 orang penjaja telah diperiksa dalam operasi tersebut. Hasil operasi mendapati masih terdapat segelintir penjaja dan pembantu yang gagal mematuhi syarat yang telah ditetapkan seperti tidak memakai kasut bertutup dan memakai perhiasan diri semasa mengendalikan makanan.
Selain itu, semasa pemeriksaan juga mendapati para penjaja masih gagal mematuhi syarat yang telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan SOP pemakaian apron plastik dan pelitup muka sepanjang menjalankan aktiviti jual beli di dalam tapak bazar Ramadan.
Tindakan penguatkuasaan telah diambil, penjaja terlibat telah diberi teguran lisan dan nasihat oleh para petugas yang telibat dalam operasi berkenaan. Sekiranya penjaja dan pengunjung masih gagal mematuhi arahan yang diberikan, tindakan penguatkuasaan seperti kompaun akan dikenakan kepada individu terlibat.
Diharapkan para penjaja lebih peka dengan situasi semasa COVID-19 dan mengamalkan amalan norma baharu sepanjang menjalankan perniagaan di tapak bazar bagi membendung penularan wabak berkenaan.” LINDUNG DIRI LINDUNG SEMUA “