Pendang 6 Mei. Ahli Puspanita Daerah Pendang yang terdiri daripada Kakitangan Jabatan-Jabatan Kerajaan Daerah Pendang, telah menganjurkan satu Program Sumbangan Aidilfitri kepada anak -anak yatim Al-Munirah Pokok Tai Pendang. Program yang disertai oleh 10 orang ahli Puspanita tersebut diadakan di kedai pakaian SDA Shopee, Pekan Pendang. Semoga program yang dianjurkan ini, akan memberi sedikit kegembiraan kepada anak-anak yatim tersebut menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.