24 MEI 2021 - Rutin Harian Kerja-Kerja Sanitasi Nyah Kuman Covid-19

24 MEI 2021 – Rutin Harian Kerja-Kerja Sanitasi Nyah Kuman Covid-19 oleh Bahagian Kawalan Penyakit Dan Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Persekitaran, MBAS.
 
Lokasi terlibat pada 24 Mei 2021 merangkumi Sekitar Pasar Pokok Sena, Langgar dan Taman Nuri. Selain itu, Kerja-Kerja Sanitasi juga dijalankan di sekitar pejabat ‘Frontliner’ MBAS yang perlu menjalankan tugas sepanjang tempoh PKPD Kota Setar merangkumi pejabat Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Penguatkuasa MBAS.
 
Berdasarkan peningkatan kes Covid-19 pada ketika ini, orang ramai dinasihatkan duduk di rumah dan sekiranya ada urusan pastikan mematuhi SOP dan garis panduan yang telah ditetapkan agar rantaian Covid – 19 ini dapat diputuskan. Bersama-sama kita mencegah penularan Covid-19.