KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran sebut harga ini adalah dipelawa daripada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

BIL. TAJUK NO. SEBUT HARGA KOD BIDANG
1. Perkhidmatan Membekal, Memasang dan Membuat Pengujian Peralatan Keselamatan Kebakaran Kompleks SP Plaza Sungai Petani, Kedah Darul Aman Mengikut Arahan Pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia 60/2021
(KEJ)

010401

Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (tunai)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 25 Mei 2021 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Semasa mengambil dokumen tawaran, pembekal atau wakil pembekal dikehendaki mengemukakan Surat Pendaftaran Asal dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu salinan yang telah disahkan. Wakil pembekal yang hadir diwajibkan membawa surat wakil kuasa.

Dokumen sebut harga hendaklah dialamatkan kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam peti tawaran berkenaan di Pejabat Majlis Perbandaran Sungai Petani pada atau sebelum 09 Jun 2021 jam 12.00 tengah hari.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 25 Mei 2021