PEMAKLUMAN BERSAMA

Adalah dimaklumkan bahawa bagi mematuhi SOP kawalan COVID-19 dan mengawal penularan virus COVID-19, operasi Pusat Pemberian Vaksin Dewan Kenangan ditetapkan seperti berikut :-

  • Tidak dibenarkan masuk ke khemah menunggu sebelum jam 8.00 pagi
  • Kehadiran perlu mengikut waktu yang ditetapkan melalui MySejahtera, SMS, Whatsapp dan lain-lain bentuk komunikasi. Namun penerima dibenarkan masuk 1 jam awal sebelum temujanji
  • Hanya 1 orang peneman sahaja dibenarkan masuk bagi penerima yang berkerusi roda dan memerlukan bantuan
  • Pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan

Terima kasih.

Daripada,
PENGARAH CITF DAERAH KUALA MUDA