KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) di daerah Kuala Muda serta MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebut harga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini :-

BIL. NO. SEBUT HARGA PROJEK SYARAT PENDAFTARAN
1. 58/2021
(KEJ)
Menaiktaraf Infrastruktur (Bumbung) di Flat Sri Jenaris Berdaftar dengan CIDB
Gred G1
Kategori B
Pengkhususan B04
2. 59/2021
(KEJ)
Kerja-Kerja Naiktaraf di Kedai Pasar Besar Sungai Petani, Kedah Darul Aman Berdaftar dengan CIDB
Gred G1
Kategori B
Pengkhususan B04

Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (tunai)
(Wang tidak akan di kembalikan)

Dokumen tawaran ini boleh didapati dari Jabatan Perbendaharaan (Seksyen Perolehan) mulai 01 Jun 2021 dan waktu seperti berikut :-

Ahad – Rabu : 8.15 pagi – 12.15 tengah hari
    2.15 petang – 4.45 petang
Khamis : 8.15 pagi – 12.15 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga di atas hendaklah datang sendiri (wakil tidak dibenarkan) membawa bersama cop syarikat, dokumen asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

Tarikh tutup sebut harga ialah pada jam 12.00 tengah hari pada 09 Jun 2021. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dihantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman serta dimasukkan terus ke dalam peti tawaran sebut harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

Untuk Makluman
Lawatan tapak tidak diadakan bagi mengawal jangkitan Covid-19. Tuan / puan boleh melawat sendiri kawasan / tapak berkenaan sepanjang tempoh sebut harga ini dijual. Sekiranya pihak tuan / puan ingin melawat kawasan / tapak berkenaan, sila pastikan pihak tuan / puan mengamalkan penjarakan fizikal, menggunakan hand sanitizer dan pemakaian pelitup muka.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 26 Mei 2021

Skip to content