OPERASI BERSEPADU PEMANTAUAN SOP PKP 3.0

Operasi tersebut melibatkan pihak Polis Daerah Kuala Muda, Jabatan Penguatkuasaan MPSPK dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 26 Mei 2021(Rabu) jam 10.00 pagi. Operasi diketuai oleh YDH Tuan ACP Adzli Abu Shah, Ketua Polis Daerah Kuala Muda bersama 7 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda berserta 10 anggota penguatkuasa MPSPK yang diketuai Encik Roslin Bakar dan 4 orang pegawai MKN.

Operasi dimulakan dengan taklimat khas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda. Antara kawasan sasaran adalah Pasaraya C-Mart, Amanjaya dan kedai-kedai emas di sekitar Jalan Ibrahim, Sungai Petani. Hasil pemeriksaan di 13 buah premis, 3 buah premis telah dikompaun oleh polis kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) manakala 2 buah premis telah mendapat pengiktirafan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana berjaya mematuhi SOP yang ditetapkan.

Skip to content