LAWATAN DAN PENYELARASAN DI TAPAK SARINGAN AWAL PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) DEWAN KENANGAN, MPSPK

Lawatan telah diadakan pada 28 Mei 2021 (Jumaat) jam 11.30 pagi di Dewan Kenangan, MPSPK. Lawatan tersebut diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Syed Shaharuddin bin Syed Abdullah DSDK., AMK., AMN., BCK., Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pengurusan). Turut bersama, Tuan Haji Abdullah bin Haji Hashim SDK., AMK., BCK., Pegawai Daerah Kuala Muda, Tuan Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin AMK., BCK., ASK., Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani, YDH ACP Adzli Abu Shah, Ketua Polis Daerah Kuala Muda serta Dr. Suziana Riduan, Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Muda. Turut hadir, pengarah-pengarah serta ketua-ketua bahagian MPSPK.

Lawatan tersebut antara lainnya bagi merangka dan menyelaras semula kelancaran proses pemberian vaksin di Dewan Kenangan, MPSPK. Ianya sekaligus memberi kemudahan kepada warga Sungai Petani untuk menerima vaksin. Selesai takilmat, kawasan sekitar Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kenangan juga telah dibersihkan oleh Bahagian Inspektorat, MPSPK.

Skip to content