KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Sebut harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) di negeri Kedah Darul Aman dan MPSPK yang masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut :-

BIL. SENARAI PROJEK SYARAT PENDAFTARAN TEMPAT MEMBELI DOKUMEN JAM TARIKH MEMBELI DOKUMEN
61/2021
(KEJ)
Kerja-Kerja Menaiktaraf Lampu Jalan di Kawasan Flat Paya Nahu 2, Sungai Petani, Kedah Darul Aman CIDB

Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK)

Gred : G1, G2 & G3

Pengkhususan E04, E06, E16, E17, E21

Sijil Perolehan Kerajaan (SPKK)

Kontraktor tempatan yang berdaftar di negeri Kedah

Ruang Legar Aras 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK 10.00 pagi 16 Jun 2021
62/2021
(KEJ)
Kerja-Kerja Menaiktaraf Lampu Jalan Jenis LED di Jalan Kelab Cinta Sayang (Resort Homes), Sungai Petani, Kedah Darul Aman
63/2021
(KEJ)
Cadangan Pemasangan Lampu Jalan di Jalan Susur Taman Meranti, Padang Temusu, Sungai Petani, Kedah Darul Aman
64/2021
(KEJ)
Cadangan Pemasangan Lampu Kawasan di Tapak Parking Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah Darul Aman
65/2021
(KEJ)
Cadangan Pemasangan Lampu Kawasan di Tapak Stesen Bas Lama Bandar Sungai Petani, Kedah Darul Aman

Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga di atas hendaklah datang sendiri (wakil tidak dibenarkan) membawa bersama dokumen asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (tunai)

Dokumen tawaran ini boleh didapati dari Jabatan Perbendaharaan (Seksyen Perolehan) mulai 16 Jun 2021 pada hari dan waktu seperti berikut :-

Ahad – Rabu : 8.15 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.45 petang
Khamis : 8.15 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.15 petang

Kontraktor dikehendaki membawa dokumen asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) serta satu salinan semasa membeli dokumen sebut harga.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 27 Jun 2021 jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri / bermeteri nama tawaran dan dimasukkan terus ke dalam peti sebut harga di alamat Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 30 Mei 2021

Skip to content