LAWATAN YAB MENTERI BESAR KEDAH KE PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) DEWAN KENANGAN, MPSPK

Lawatan tersebut telah berlangsung pada 02 Jun 2021 (Rabu) jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Kenangan, MPSPK. Program telah bermula dengan taklimat berkaitan keselamatan dan situasi semasa Covid-19 di Daerah Kuala Muda. Lawatan diteruskan ke pusat pemberian vaksin di samping beramah mesra bersama para penerima vaksin. Lawatan diakhiri dengan sidang media di Dewan Kenangan.

Lawatan diketuai YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah Darul Aman diiringi oleh YB Dato’ Paduka Ammar bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim, DPSS., DSDK., JSD., SSS., AMK., AMN., BCK., Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Turut hadir, YB Dr Robert Ling Kui Ee, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam merangkap ADUN Sidam, YB Tuan Azman bin Nasruddin, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan, Perladangan dan Komuniti, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India serta YB Ustaz Hanif bin Ghazali, ADUN Tanjung Dawai.

Turut bersama, Tuan Haji Abdullah bin Haji Hashim, SDK., AMK., BCK., Pegawai Daerah Kuala Muda, Tuan Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin AMK., BCK., ASK., Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani, YDH ACP Adzli Abu Shah, Ketua Polis Daerah Kuala Muda serta Dr. Suziana Riduan, Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Muda. Turut hadir, pengarah-pengarah serta ketua-ketua bahagian MPSPK.

Skip to content