09 JUN 2021

Kursus tersebut diadakan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet dan dianjurkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Putrajaya.

Kursus ini mengandungi penerangan berhubung Sanitasi & Disinfeksi Di Pasar Awam, Taklimat Penggunaan Borang Pemeriksaan Pasar Awam Terkini serta Taklimat Penggunaan Borang Pemeriksaan Pasar Malam.

Antara penceramah yang terlibat ialah En. Peter Anak Galang, En. Mohamad Mustaqim bin Shukri dan Datin Noorfazliza binti Ghafar Shah dari Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran, JKT, KPKT.

Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK turut menyertai kursus ini secara atas talian bersama-sama Bahagian Kesihatan & Pelesenan MDBB serta Bahagian Undang-Undang & Penguatkuasaan MDBB.

Skip to content