8 JUN 2021 (SELASA)

Mesyuarat diadakan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Zoom dan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Paduka Ammar bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Mesyuarat tersebut bertujuan untuk membentangkan Laporan Kompaun yang telah dikeluarkan oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah , punca kuasa untuk mengkompaun kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) serta lain-lain isu berkaitan.

Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK turut menyertai mesyuarat ini secara dalam talian di Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.

Turut serta dalam mesyuarat secara maya ini ialah Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Kedah, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar, Semua Yang Dipertua / wakil Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Tuan Setiausaha Bahagian (Bahagian Kerajaan Tempatan) Pejabat SUK, Tuan Setiausaha MDBB, Ketua Bahagian Penguatkuasaan & Undang-Undang MDBB, Ketua Bahagian Kesihatan & Pelesenan MDBB serta Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan & Korporat MDBB.

Skip to content