OPERASI PENGUATKUASAAN AKTA STANDARD MINIMUM PERUMAHAN, PENGINAPAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA SERTA PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 3.0

Operasi tersebut telah diadakan pada 11 Jun 2021 (Jumaat) bertempat di SP Plaza dan melibatkan beberapa kawasan perindustrian dan kawasan penginapan pekerja di sekitar Sungai Petani mulai jam 10.30 pagi hingga jam 1.00 tengah hari.

Operasi ini memfokuskan berkaitan keselamatan di ruangan kerja serta penginapan di samping pemantauan pihak pemain industri terhadap pematuhan SOP PKP 3.0. Ianya bermula dengan taklimat ringkas oleh Tuan Haji Mohd Asri bin Abd Wahab, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JKTSM) sebelum diteruskan ke kawasan perindustrian dan kawasan penginapan pekerja.

Operasi tersebut telah diketuai oleh YB Datuk Haji Awang bin Hashim, Timbalan Menteri Sumber Manusia. Turut serta, Tuan Haji Mohd Asri bin Abd Wahab, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JKTSM), Tuan Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin AMK., BCK., ASK., Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani dan YDH ACP Adzli Abu Shah, Ketua Polis Daerah Kuala Muda.

Skip to content