16 JUN 2021 (RABU)

MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC) MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 6 TAHUN 2021

Mesyuarat tersebut diadakan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.

Mesyuarat dimulakan dengan Aluan Pengerusi dan disusuli agenda mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Jawatankuasa OSC Bilangan 5 Tahun 2021 yang diadakan pada 20 Mei 2021 lalu serta perbincangan perkara-perkara berbangkit.

Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan dan perbincangan beberapa perkara baru iaitu Permohonan Kebenaran Merancang, Permohonan Pelan Jalan dan Parit, Cadangan Mendirikan Skim Perumahan serta Permohonan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

Mesyuarat turut mengambil maklum pembentangan Bilangan Permohonan dan Selesai Mengikut Jenis Permohonan dan Tempoh Piagam OSC MDBB iaitu 17 projek telah berjaya selesai dalam tempoh piagam dengan kadar peratusan selesai ialah 100% .

Turut serta dalam mesyuarat secara maya ini ialah Ahli-Ahli Majlis MDBB, wakil-wakil jabatan / agensi teknikal dan Ketua-ketua Bahagian / Unit MDBB berkaitan.

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)