16 JUN 2021 (RABU)

MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP KEWANGAN, HASIL & PENTADBIRAN, MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP KESIHATAN, PELESENAN & KEMUDAHAN AWAM SERTA MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP PERANCANGAN PEMBANGUNAN, INFRASTRUKTUR, PENGINDAHAN & PELANCONGAN MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 6 TAHUN 2021.

Mesyuarat tersebut diadakan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.

Mesyuarat dimulakan dengan menerima dan mengesahkan Minit-minit Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap MDBB Bilangan 5 Tahun 2021 yang diadakan pada 20 Mei 2021 lalu.

Mesyuarat diteruskan dengan membincangkan perkara-perkara berbangkit dari mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap yang lalu, perbincangan perkara-perkara baru serta pembentangan kertas kerja dan laporan bulanan setiap bahagian bagi bulan Mei 2021.

Selain itu, mesyuarat turut mengambil maklum pembentangan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu mengenai Status Terkini Pandemik Covid-19 dan Program Imunisasi Covid-19 di Daerah Bandar Baharu.

Turut serta dalam mesyuarat yang diadakan secara maya ini ialah Ahli-Ahli Majlis (Politik dan ex officio) dan Ketua-ketua Bahagian / Unit Majlis Daerah Bandar Baharu.

Skip to content