MAJLIS DAERAH BALING

09100 BALING

KEDAH DARUL AMAN

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Majlis Daerah Baling adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja/perkhidmatan sebut harga di bawah ini.

BIL.TAJUKNO.SEBUT HARGAKOD BIDANG
1.SEBUT HARGA PERKHIDMATAN SEWAAN DAN SELENGGARAAN EMPAT (4) UNIT MESIN FOTOSTAT (MEDIUM DUTY) HITAM/ PUTIH DAN DUA (2) UNIT MESIN FOTOSTAT (MEDIUM DUTY) HITAM/PUTIH/WARNA BAGI TEMPOH LIMA (5) TAHUN UNTUK MAJLIS DAERAH BALING, KEDAH DARUL AMAN (BUKA SEMULA)MDB/SH/01/2021 (PK)221502 

HARGA DOKUMEN :     RM 30.00    SENASKAH (TUNAI)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Bahagian Perolehan, Jabatan Perbendaharaan, Majlis Daerah Baling mulai 21 Jun 2021 pada waktu temujanji yang ditetapkan. Pembekal yang berminat boleh menghubungi talian 019-2751900 untuk membuat temujanji.

Pembekal atau wakil pembekal dikehendaki membawa dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Akuan Pendaftaran Pembekal yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Baling.

Tarikh tutup sebutharga pada 29 Jun 2021 jam 12.00 tengah hari. Dokumen Tawaran Sebut Harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/bermeteri, bertulis nama tawaran dan nombor sebutharga dan dihantar kepada Yang Dipertua, Majlis Daerah Baling, 09100 Baling, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebutharga di Jabatan Perbendaharaan (Bahagian Perolehan), Majlis Daerah Baling, 09100 Baling, Kedah Darul Aman. Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

Skip to content