Lindung Diri, Lindung Semua adalah tema utama bagi Program Imunisasi COVID-19 kebangsaan yang menekankan bahawa perlindungan kepada semua rakyat Malaysia hanya akan dapat dicapai jika kita dapat memvaksin seramai penduduk yang layak. Apabila setiap individu mengambil vaksin, maka mereka akan dapat melindungi orang di sekeliling daripada sebarang jangkitan yang mungkin dibawa. Bayangkan jika majoriti rakyat Malaysia mengambil suntikan vaksin, kita dapat membina rangkaian perlindungan yang juga dapat melindungi kumpulan yang tidak layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dan perempuan mengandung. Melindungi orang yang tersayang bermula dengan anda menerusi vaksinasi. Apabila sekurang-kurangnya 70% populasi telah divaksinasi, kita akan dilindungi secara keseluruhan. Seperti yang disebut, tidak ada antara kita yang selamat, sehingga semuanya selamat. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita. Oleh itu, ambillah vaksin – Lindungi Diri, Lindungi Semua.

Skip to content