PEMBUKAAN KAUNTER ONE STOP CENTRE (OSC), KAWALAN BANGUNAN, PERANCANGAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN KEJURUTERAAN, MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR MULAI 1 JULAI 2021 SEPANJANG PELAKSANAAN TEMPOH FASA 1 PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN)
Untuk makluman, MBAS akan membuka kaunter One Stop Centre (OSC), Kawalan Bangunan, Perancangan Pembangunan dan Jabatan Kejuruteraan SECARA TEMUJANJI mulai 01 JULAI 2021 sepanjang tempoh pelaksanaan tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dari jam 9.00 pagi – 12.30 tengahari pada hari ISNIN DAN RABU SAHAJA. Untuk urusan lanjut sila hubungi talian seperti berikut :
1. Bahagian One Stop Centre (OSC)
Tel : 04-734 9426 (samb. 819)
2. Jabatan Kawalan Bangunan
Tel : 04-733 3890 (samb. 841)
3. Jabatan Perancangan Pembangunan
Tel : 04-734 0143 (samb. 842)
4. Jabatan Kejuruteraan
Tel : 04-733 9057 (samb. 834)
Sehubungan dengan itu, para pelanggan boleh datang berurusan SECARA TEMUJANJI mengikut hari dan waktu yang telah ditetapkan. Perlu diingatkan bahawa semua pelanggan yang datang berurusan di pejabat MBAS hendaklah mematuhi Garis Panduan / SOP yang telah ditetapkan bagi mencegah penularan wabak Covid-19.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi pejabat MBAS di talian 04-7332499. Sekian, terima kasih.