PEMBUKAAN KAUNTER PERKHIDMATAN MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR MULAI 1 JULAI 2021 SEPANJANG PELAKSANAAN TEMPOH FASA 1 PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN)

Untuk makluman, MBAS akan membuka kaunter perkhidmatan mulai 01 JULAI 2021 sepanjang tempoh pelaksanaan tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dari jam 9.00 pagi – 12.30 tengahari (Ahad hingga Khamis) seperti berikut :
 
1. Khidmat Pelanggan
2. Bayaran Hasil
3. Pasar dan Penjaja
4. Kompaun
5. Tempat Letak Kereta
6. Pelesenan (Kompleks UTC Kedah)
7. Sewaan (Kompleks UTC Kedah)
8. Kaunter Pejabat Cawangan Pokok Sena
9. Kaunter Pertanyaan UTC Kedah (Beroperasi setiap hari mulai jam 8.00 pagi – 5.00 petang)
 
Sehubungan dengan itu, para pelanggan boleh datang berurusan mengikut hari dan waktu yang telah ditetapkan. Perlu diingatkan bahawa semua pelanggan yang datang berurusan di pejabat MBAS hendaklah mematuhi Garis Panduan / SOP yang telah ditetapkan bagi mencegah penularan wabak Covid-19.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi pejabat MBAS di talian 04-7332499. Sekian, terima kasih.
 
Skip to content