📢𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟐𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟏𝐌📢

Borang Permohonan Permit Penyembelihan Luar Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB) boleh didapati seperti ketetapan berikut :

📅 Tarikh : 4 Julai 2021 sehingga 18 Julai 2021.

🕖 Masa : 8.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari

🔎 Lokasi : Kaunter Pelesenan Pejabat MDBB, Serdang, Kedah dan Kaunter Pejabat Cawangan MDBB, Bandar Baharu, Kedah.

ATAU

Muat turun borang melalui Laman Portal Rasmi Majlis Daerah Bandar Baharu di pautan berikut :
https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2021/07/borang-permohonan-permit-penyembelihan-MDBB-2021.pdf
(Sila kembalikan borang yang lengkap diisi beserta dokumen sokongan yang lengkap di kaunter pelesenan MDBB)

ATAU

Mengisi borang permohonan secara atas talian di pautan berikut :
https://forms.gle/GKCNe4QijpFb6dnt6

Nota : Kelulusan Permit Penyembelihan Luar adalah dalam tempoh 3 HARI bekerja, tertakluk kepada kesesuaian lokasi beserta penghantaran borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap.

Bagi permohonan secara atas talian, surat kelulusan akan diemelkan kepada pemohon.

𝐍𝐨𝐭𝐚 :
Pemohon perlu menyediakan dokumen berikut sebelum mendapatkan permit daripada pihak MDBB :

  1. Sijil Kesihatan Veterinar dan Akuan Pemindahan Ternakan dari Pejabat Veterinar Daerah.
  2. Surat kebenaran pelaksanaan ibadah Korban dari Pejabat Agama Daerah.
  3. Lakaran dan gambar lokasi penyembelihan.
    ** Sekiranya mengisi google form, dokumen tersebut perlu dimuat naik.

Sekian, harap maklum.

Bahagian Kesihatan dan Pelesenan,
Majlis Daerah Bandar Baharu,
09800 Serdang,
Kedah Darul Aman.

Skip to content