KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran sebut harga ini adalah dipelawa daripada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

BIL. TAJUK NO. SEBUT HARGA KOD BIDANG
1. Membekal dan Memasang Papan Tanda Lorong Jenis FRP di Taman-Taman Sekitar Daerah Kuala Muda, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah Darul Aman 61/2021
(KEJ)

010401
dan
010499

Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (tunai)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 06 Julai 2021 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Semasa mengambil dokumen tawaran, pembekal atau wakil pembekal dikehendaki mengemukakan Surat Pendaftaran Asal dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu salinan yang telah disahkan. Wakil pembekal yang hadir diwajibkan membawa surat wakil kuasa.

Dokumen sebut harga hendaklah dialamatkan kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam peti tawaran berkenaan di Pejabat Majlis Perbandaran Sungai Petani pada atau sebelum 12 Julai 2021 jam 12.00 tengah hari.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 01 Julai 2021

Skip to content