NOTIS PEMBERITAHUAN

BIL. NO. SEBUT HARGA TAJUK SEBUT HARGA
1. 23/2021
(PER)
Sebut Harga Membekal dan Menghantar Racun Serangga, Tumbuhan dan Kawalan Vektor Untuk Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah Darul Aman

PEMBETULAN RALAT (PENJADUALAN SEMULA TARIKH SEBUT HARGA)

Merujuk kepada iklan sebut harga yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah pada 27 Mei 2021 dan merujuk kepada pengumuman yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia pada 27 Jun 2021 mengenai sambungan arahan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 yang bermula pada 29 Jun 2021. Proses sebut harga bagi tajuk di atas dijadualkan semula seperti berikut :-

1. Tarikh membeli dokumen pada 04 Julai 2021 hingga 08 Julai 2021

2. Tarikh TUTUP sebut harga di atas adalah dipinda kepada 18 Julai 2021

Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri / bermeteri bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam peti tawaran sebut harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Sekian, harap maklum.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA”
“TRANSFORMASI KE ARAH KECEMERLANGAN”

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh : 02 Julai 2021

Skip to content