Sila muat turun BORANG PERMOHONAN PERMIT PENYEMBELIHAN LUAR MPKK untuk dicetak dan diisi dengan lengkap dan disertakan bersama-sama dokumen sokongan seperti yang dinyatakan melalui borang tersebut.

Pemohonan perlu hadir (walk in) untuk penyerahan borang yang telah lengkap diisi seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 4 Julai 2021 sehingga 19 Julai 2021 (Ahad-Khamis Sahaja)
Masa : 8.00 Pagi – 1.00 Tengah Hari
Lokasi : Perkarangan Lobi Pejabat, Majlis Perbandaran Kulim

Borang boleh juga dimuat turun melalui Laman Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kulim di pautan berikut :

PERHATIAN
Sila rujuk bersama tatacara Permohonan Pelaksanaan Ibadah Korban Negeri Kedah yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman, dalam tempoh (PKP) 3.0 Tahun 1442H / 2021M sebagai panduan proses mendapatkan kelulusan permohonan.
garis panduan permohonan pelaksanaan ibadah korban Negeri Kedah

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 04-4325225

Jabatan Kesihatan Persekitaran
Majlis Perbandaran Kulim
Kedah Darul Aman

Skip to content