05 JULAI 2021 (ISNIN)

Mesyuarat dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK bersama Setiausaha MDBB, En. Muhammad Afnan Bin Mohd Roze dan Ketua Bahagian Perancangan Pembangunan MDBB, En. Shaiful Bin Ismail secara maya melalui aplikasi Zoom.

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Kedah Darul Aman Kali Ke 159 (2/2021) dipengerusikan oleh Y.A.B. Menteri Besar Kedah, Tuan Haji Muhammad Sanusi Bin Md. Nor dan sebanyak 56 wakil jabatan terlibat dalam mesyuarat secara atas talian pada kali ini.

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa dan aluan pengerusi yang memberi penekanan berkenaan usaha Kerajaan Negeri Kedah dalam menyokong Pelan Pemulihan Kerajaan Fasa 1 di mana Kerajaan Negeri Kedah optimis dalam memastikan 10 peratus penduduk Kedah mendapat Vaksinasi Covid-19 bagi mencapai matlamat imuniti berkelompok untuk membolehkan negara Malaysia kembali pulih sepenuhnya daripada ancaman pandemik.

Mesyuarat diteruskan dengan menerima dan mengesahkan minit mesyuarat serta membincangkan maklumbalas Minit Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Kali Ke 158 (1/2021) bertarikh 28 Februari 2021 yang lalu. Di samping itu, sebanyak 2 kertas kerja dasar dibentangkan berkenaan Pembangunan Geo-Pelancongan dan Pewartaan Kawasan Lapang di Negeri Kedah untuk mendapat kelulusan mesyuarat kali ini.

Skip to content