OPERASI BERSEPADU MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI (MPSPK) BERSAMA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) SUNGAI PETANI

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sungai Petani telah menjalankan operasi bersepadu terhadap kenderaan yang diletakkan di kawasan tidak bersesuaian. Operasi tersebut telah dijalankan pada 09 Julai 2021 – 10 Julai 2021 (Jumaat – Sabtu) bermula jam 8.00 malam dan berakhir pada sekitar jam 12.00 tengah malam. Kawasan tumpuan operasi meliputi Taman Keladi, Bandar Perdana (Jasmine), Bandar Mutiara, Taman Ria, Taman Ria Jaya, Bandar Amanjaya Zon Anggerik, Taman Kelisa Ria dan SP Heights.

Seramai 18 orang anggota penguatkuasa MPSPK dan 6 orang anggota JPJ telah terlibat dalam operasi tersebut. Jumlah kenderaan diperiksa adalah sebanyak 82 buah. Jumlah yang diambil tindakan sebanyak 14 buah di bawah Akta JPJ 1987 Seksyen 23, manakala MPSPK telah mengeluarkan kompaun di bawah Perintah 3 Kenderaan-Kenderaan Berat (Sekatan Penggunaan Jalan) (MPSP) 1996. Sebanyak 48 kompaun telah dikeluarkan dalam operasi tersebut.

Skip to content