PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT

Majlis Perbandaran Sungai Petani pada hari ini telah menerima 5 buah kotak pelitup separuh muka (facemask) daripada Minebea Electronics Motor (M) Sdn. Bhd. (MAMM). Pemberian tersebut merupakan salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat tersebut.

Penyerahan tersebut telah berlangsung pada 12 Julai 2021 (Isnin) jam 1.00 tengah hari bertempat di lobi Menara MPSPK. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Encik Ng Lai Choon, Pengarah Bahagian Sumber Manusia Minebea Electronics Motor (M) Sdn. Bhd. (MAMM) kepada Tuan Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, AMK., BCK., ASK., Tuan Yang Dipertua MPSPK.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam program tersebut.

Skip to content